Lebih 80 peratus daripada 2,490 individu yang menjalani rawatan dan pemulihan dadah di Sarawak adalah golongan belia.<br /><br />Data setakat 31 Ogos 2022 yang masih tinggi itu mendesak kerajaan negeri melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan One Stop Commitee Menangani Isu Dadah Dan Substance (OSC-MIDS) menubuhkan skuad antidadah di peringkat IPT awam.
